IKLAN

Ahad, 8 November 2009

Repeater VEE99 Group dah siap.

Repeater ini mungkin akan didaftarkan di bawah syarikat komersial. Dan mungkin juga akan diletakkan di bawah Komersial di kelantan.

Repeater Motorola ini bukannya homebrew. Model CDR 500, jadileeer. Antenna Ringo Ranger. Nak beli yang canggih lagi tak mampu. Memandangkan datangnya satu set. Insya'allah akan beroperasi sebaik sahaja dapat kelulusan MCMC.

Ahad, 27 September 2009

Aduhai Handycam

Lepas ni susahla nak letak gambo kat dalam ni, handycam kecik aku dah kena curi, jenama Panasonic, letak dalam kereta, alih-alih dah takder. Hu Hu......

Pasni kena cari digital camera yang murah-murah ler.....
PEPERIKSAAN RAE KEMBALI LAGI

Harap pada rakan ham yang masih belum mempunyai lesen akan tetap berjuang dan jangan putus asa. Kejayaan itu amat manis. Tarikh tutup pendaftaran : 16.10.09
Tarikh peperiksaan : 16.12.09

Download Borang Di sini.

Isnin, 14 September 2009

Eyeball Raya VEE99Group

Sempena aidilfitri yang mulia ini, umat Islam di seluruh dunia mengambil peluang bermaaf-maafan. Begitu juga dengan rakan-rakan HAM di seluruh Perak ini. Oleh itu, VEE99Group akan mengadakan Eyeball Raya dengan kerjasama 9W2JOI pada 26.9.2009 ini bertempat di Simpang Pulai. Semua rakan HAM dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Bagi rakan-rakan yang ingin membantu bolehlah datang lebih awal ke rumah 9W2JOI.