IKLAN

Ahad, 8 November 2009

Repeater VEE99 Group dah siap.

Repeater ini mungkin akan didaftarkan di bawah syarikat komersial. Dan mungkin juga akan diletakkan di bawah Komersial di kelantan.

Repeater Motorola ini bukannya homebrew. Model CDR 500, jadileeer. Antenna Ringo Ranger. Nak beli yang canggih lagi tak mampu. Memandangkan datangnya satu set. Insya'allah akan beroperasi sebaik sahaja dapat kelulusan MCMC.

Ahad, 27 September 2009

Aduhai Handycam

Lepas ni susahla nak letak gambo kat dalam ni, handycam kecik aku dah kena curi, jenama Panasonic, letak dalam kereta, alih-alih dah takder. Hu Hu......

Pasni kena cari digital camera yang murah-murah ler.....
PEPERIKSAAN RAE KEMBALI LAGI

Harap pada rakan ham yang masih belum mempunyai lesen akan tetap berjuang dan jangan putus asa. Kejayaan itu amat manis. Tarikh tutup pendaftaran : 16.10.09
Tarikh peperiksaan : 16.12.09

Download Borang Di sini.

Isnin, 14 September 2009

Eyeball Raya VEE99Group

Sempena aidilfitri yang mulia ini, umat Islam di seluruh dunia mengambil peluang bermaaf-maafan. Begitu juga dengan rakan-rakan HAM di seluruh Perak ini. Oleh itu, VEE99Group akan mengadakan Eyeball Raya dengan kerjasama 9W2JOI pada 26.9.2009 ini bertempat di Simpang Pulai. Semua rakan HAM dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Bagi rakan-rakan yang ingin membantu bolehlah datang lebih awal ke rumah 9W2JOI.

Ahad, 13 September 2009

Echolink lagi

Radio amatur masa kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun senangnya nak menyertai hobi ini buat masa ini, namun jangan kita lupa bahawa perjuangan rakan radio amatur yang di kategorikan sebagai pelopor yang mula-mula memperjuangkan nasib pengguna radio amatur di Malaysia hendaklah kita hargai. Jika dilihat pada hari ini, betapa senangnya nak menubuhkan persatuan (Yang Berdaftar) ini. Tubuhkan jawatankuasa seramai tujuh orang pastu pegi daftar dengan R.O.S. Dah jadi satu persatuan, tapi ingat bahawa menjaga sesuatu persatuan itu adalah tanggungjawab yang amat berat. Perjuangan rakan HAM yang dulu (orang lama ) jangan kita lupakan. Daripada peperiksaan RAE setahun sekali diperjuangkan jadi dua tahun sekali. Teman tak berapa kenal sangat rakan-rakan lama ni, mungkin kerna tak pernah dengar audio diorang ni. Kebanyakannya terdiri dari ahli dalam MARTS. 9W2TR Abg Rashid contohnya... pernah teman dengar beliau QSO di ruang udara Kelantan pada cuti yang lalu antara salah satunya. Sekiranya ada pengalaman rakan HAM yang terlibat boleh sama-sama berkongsi cerita........ Teman nak sangat jumpa otai-otai lama yang banyak jasa ni, tak ler nak bagi hadiah.... sajer nak kongsi citer... agar orang kata...teman tak buta sejarah....

http://9w2ksl-9m4gsm.blogspot.com/2009/09/welcome-my-blog.html

Isnin, 7 September 2009

Echolink

Projek ini akan diteruskan memandangkan MCMC dah bagi lampu hijau...Segala persediaan akan dibuat termasuklah memohon lesen gateway dari MCMC.

Moga radio amatur di Malaysia akan terus maju ke hadapan...FAST 4 WARD.

Rabu, 12 Ogos 2009

RAE 2009 results dah keluar

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang telah lulus rae

http://rae.skmm.gov.my/

Khamis, 6 Ogos 2009

Orang hilang di Manong dah dijumpai

Berita lebih lanjut boleh baca berita di akhbar.

Isnin, 3 Ogos 2009

ORANG HILANG




SITI AISHAH BINTI HASSIM
PESERTA KURSUS BTN
HILANG DI TAMAN REKREASI KG.GUAR,MANONG

SILA HUBUNGI
1.IBU PEJABAT POLIS KUALA KANGSAR. TEL.05-7762222

2.EN.SAID (KETUA KAMPUNG GUAR) TEL.013-4659108

Isnin, 27 Julai 2009

VEE99 Group

Setelah berbincang dengan rakan-rakan ham secara umum, VEE99 Group memutuskan iaitu:

1. Mengadakan pameran di konvokesyen UTP akan datang-sekiranya ada sukarelawan yang nak bertugas.

2. Menjalankan Projek echolink-sekiranya alatan telah cukup.

3. Mengadakan eyeball - sekiranya ada permintaan dari ahli-ahli.

4. Hanya ahli berdaftar dengan borang baru diiktiraf sebagai ahli VEE99 yang sah.

5. Bagi ahli lama yang telah membayar bersama borang ahli yang lama boleh mengambil semula duit tersebut secepat mungkin. Pendaftaran ahli adalah percuma. Jadi tidak wujud ahli yang berbayar atau tidak. Harap maklum.

6. VEE99 Group adalah milik ahli bersama dan bukannya kepunyaan YDP seorang.

7. Sebarang kejayaan dan kemajuan VEE99 Group adalah untuk dikecapi bersama oleh ahli.

8. Sebarang informasi terkini akan di infokan kemudian.


* Berita dari Eyeball di Seri iskandar.
- Tiada seorang pun dari Ipoh yang hadir kecuali YDP.
- Rakan Manjung ada hadir tapi mungkin nampak takder orang jadi diorang terus balik. Minta maaf kepada anda. Rakan Ipoh masing-masing sibuk dengan tugasan yang lebih penting jadi tak dapat datang.

Khamis, 23 Julai 2009

Eyeball Dah Confirm

Bertempat di Restoran Firha Food Court bandar Seri Iskandar.
Jam 9.30 malam.
Hari Sabtu 25.7.09

Agenda: Estimated time: 40minit

Pendahuluan:
Sedikit sejarah Vee99 oleh penceramah jemputan.
Mengisi borang baru Vee99 Group beserta gambar (wajib) ukuran poskad.
Perlantikan AJK baru.

Isi
Pro dan kontra.
Cabaran
Projek akan datang.

Penutup
Berkaraoke, Bersembang dengan rakan yang lama tak jumpa

Khamis, 9 Julai 2009

Eyeball VEE99

Tedapat banyak perkara yang ingin dibincangkan ttg group vee99. Oleh itu satu eyeball akan diadakan bagi mengumpul pendapat dan cadangan dari ahli kumpulan. Tarikh belum lagi diputuskan. Oleh itu sebarang cadangan tarikh amat dialu-alukan. Cadangan boleh dihantar melalui sms ke no. tel 0165059943. Majoriti akan dikira. Lokasi dicadangkan hendaklah tempat yang baru dan tak pernah dibuat eyeball rasmi. Tempat yang menarik dan kemudahan parking. Makanan boleh tahan dan sekitar Ipoh.

Selasa, 30 Jun 2009

Perlu Tahu..



Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebar-sebarkan ya~



Teman nak cuba ... takut pulak... tak pasal-pasal nanti ... tido lokap... buat panggilan PALSU...
Jalan yang mudah...tanya pada rakan yang kerja di Bank... samada ...
BENAR ATAU TIDAK...

Sabtu, 27 Jun 2009

Walimatulurus 9W2IPH

Tarikh : 28.06.09

Bermula di Mobil Bercham.

Jam : 12.30 Tgh Hari

Hari Ahad

Jumaat, 26 Jun 2009

Buat rakan baru

Sedikit panduan dari rakan ham kepada semua rakan ham lain.

Berikut saya paparkan disini tulisan mengenai Asas Pengendalian Radio (QSO) untuk dikaji dan diperbetulkan. Serba sedikit adalah dari pengalaman dan beberapa bahan rujukan serta diterjemahkan mengikut kesesuaian. Mohon rakan-rakan semua sudi memberi komen atau pembetulan jika ada kesalahan atau kesilapan, saya dahului dengan jutaan terima
kasih.

Terbahagi kepada 7 bahagian:

1. Asas Pengendalian
2. Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
3. Panggilan Pertama
4. Menjawab Panggilan
5. Panggilan Terus
6. Memanggil CQ untuk membuat panggilan
7. Menjawab Panggilan CQ

1. Asas Pengendalian
Anda telah mempunyai lesen dan bersedia untuk ke udara. Perkara penting yang perlu anda lakukan pada permulaannya ialah mendengar dan memerhati bagaimana rakan-rakan ham membuat panggilan mereka. Memandangkan ianya terdiri dari berbagai "Mode" dan "Band" dengan pendekatan yang agak berbeza, ianya akan membantu jika anda biasa mendengar pelbagai keadaan atau cara sebelum anda membuat panggilan pertama atau "Kontek Perdana".

Bergantung kepada radio dan lesen yang anda miliki untuk membuat keputusan dan bagaimana anda hendak memulakannya. Jika anda menggunakan Radio Bimbit (Handy Talkie), anda boleh mula berkomunikasi melalui Pancar Ulang (Repeater) atau terus kepada rakan yang lain (Simplex) di band VHF, UHF dan HF mengikut frekuansi yang telah di peruntukan.

2. Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
Kebanyakan rakan Radio Amatur yang baru mendapat Lesen dalam Kelas B dengan "Suffix" 9W. Pada peringkat ini untuk berkomunikasi lebih jauh, yang paling asas ialah menggunakan Radio Bimbit melalui Pancar Ulang tempatan. Anggaplah anda telah mempunyai Radio Bimbit yang telah dipasangkan (Setting) dengan Frekuansi memancar (Uplink) dan menerima (Downlink) "Offset" serta "CTCSS Tone" yang betul, anda telah bersedia untuk membuat panggilan yang pertama.

Ia mungkin nampak senang dan ringkas tapi anda harus tahu Tanda Panggilan (CallSign) sebelum memulakannya. Perkara yang sebaiknya anda buat ialah meneliti sebutan 'Phonetics' jika rakan yang menerima nanti minta anda menerangkan satu persatu ejaan Tanda Panggilan (CallSign) anda. Contoh: 9W2BBA ejaan 'Phonetics' ialah NINE WISHKEY TWO BRAVO BRAVO ALPHA.

3. Panggilan Pertama
Untuk panduan ini anggaplah anda berada di Semananjung Malaysia iaitu dengan Tanda Panggilan bermula dengan 9W2 dan mggunakan Pancar Ulang yang boleh dijangkau untuk kawasan tersebut. Kawasan seperti Lembah Klang dan yang berada dalam liputan Pancar Ulang.

1. Tekan butang PTT (Push To Talk) di Radio Bimbit anda dan sebut contohnya "9W2BBA mendengar" anda hendaklah menggunakan Tanda Panggilan (CallSign) anda sendiri.
** "9W2BBA listening"

Itu yang perlu anda buat untuk mendapatkan jawapan. Jika tiada apa-apa jawapan dalam masa yang lama. Anda mungkin cuba memanggil lagi sekali, tapi kali ini dengan menyebut "9W2BBA memantau dan mendengar panggilan".
** '9W2BBA is monitoring and listening for a call'

Kebiasaanya anda tidak perlu membuat panggilan "CQ" di Pancar Ulang walaupun ia tidak menjadi kesalahan. Kita akan membincangkan mengenai panggilan "CQ" nanti.

2. Anda mendapat jawapan contoh seperti "9W2BBA, disini 9W2CKO di Shah Alam kembali. Nama saya Othman. Kembali kepada anda".
** "9W2BBA, this is 9W2CKO at Shah Alam returning. My name is Othman. Back to you."

Pada peringkat ini anda hanya perlu tunggu 3 saat sebelum menjawab semula panggilan tadi.

3. Tekan butang PTT dan jawab. Pada peringkat ini perbualan atau perbincangan adalah bergantung kepada apa yang ingin anda bincangkan atau ketahui. Beri Nama, Lokasi dan apa-apa maklumat yang ingin anda maklumkan kepada rakan baru anda serta akhiri perbualan anda dengan mengatakan "Ganti" atau "Kembali kepada anda".
** "Over" or "Back to you."

Ada baiknya jika anda menyebut Tanda Panggilan kerap setelah perbualan atau transmisi yang panjang dibuat dengan menyebut "9W2CKO disini 9W2BBA Ganti".
** "9W2CKO this is 9W2BBA. Over."

Penggunaan "Ganti" (Over) atau "Kembali kepada anda" (Back to you) adalah satu isyarat kepada rakan selepas anda yang anda telah selesai bercakap dan tiba giliran beliau untuk bercakap.

4. Pada akhir perbualan atau perbincangan anda akan mengucapakan Salam atau 73 dan keluar dari jaluran dengan mengucapkan "9W2CKO disini 9W2BBA keluar dan memantau." Itu jika anda masih ingin memantau di jaluran. Jika tidak anda hendaklah mengatakan ".... keluar dan QRT." sebagai ganti.
** "9W2CKO this is 9W2BBA clear and monitoring." or "...clear and QRT"

4. Menjawab Panggilan
Menjawab panggilan melalui Pancar Ulang dengan Radio Bimbit adalah serupa seperti mana yang dibincangkan diatas iaitu orang sebaliknya memanggil anda. Anda akan mendengar 9W2CKO memanggil di Pancar Ulang dan jawab seperti berikut selepas 3 saat dari panggilan tamat:

1. "9W2CKO disini 9W2BBA. Selamat Pagi. Nama saya Bujang dan Lokasi saya di Subang. Kembali kepada anda."
** "9W2CKO this is 9W2BBA. Good morning. My name is Bujang and my location is Subang. Over to you."

2. Secara asasnya pertukaran Tanda Panggilan adalah seperti telah dibincangkan diatas. Pastikan anda memperkenalkan Stesen anda sekali sekala dan seharusnya memperkenalkan diri anda jika ada stesen yang baru menyertai perbualan (QSO) anda.

5. Panggilan Terus
Panggilan Terus (Simplex) adalah panggilan yang dibuat terus kepada rakan anda tanpa menggunkan Pancar Ulang (Repeater). Samada anda menggunakan Jalur VHF, UHF atau HF prosedur adalah sama. Panggilan yang anda buat adalah terus kepada rakan anda menggunakan Jalur dan Frekuasnsi yang sama tanpa perlu melalui Pancar Ulang.

Walaubagaimanapun ia bergantung penuh dengan "Antenna" dan propogasi untuk HF, adalah perlu anda menentukan kesesuaian"Tuning" "Antenna" sebelum memulakan panggilan anda.

6. Memanggil CQ untuk membuat panggilan
Anggaplah anda mengendalikan panggilan HF di 10 meter band.

1. Mulakan dengan mencari frekuansi yang terang contoh seperti 28.360 Mhz. Bercakap dengan terang dan jelas "Adakah frekuansi ini digunakan? Disni 9W2BBA." Jika anda tidak mendapat apa-apa jawapan dalam jangkamasa yang agak lama buat panggilan kali kedua sebagai kepastian. Jika masih tiada jawapan maka boleh lah pergi ke langkah yang kedua. Jika ada rakan mengatakan frekuansi tersebut digunakan pindah ke frekuansi yang lain yang lebih jelas dan cuba lagi dengan panggilan anda. Jika anda dijemput
bolehlah menyertai perbincangan atau berkenalan dengan rakan baru, anda hendaklah memperkenalkan diri jika itu panggilan pertama anda dengan rakan yang sedia ada di Jaluran tersebut.
** "Is this frequency in use? This is 9W2BBA."

2. Buat panggilan "CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha memanggil CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha, Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha memanggil CQ dan menunggu panggilan."

** "CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha calling CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha, Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha calling CQ and waiting for a call."

Sekarang anda tunggu dan dengar jawapan kepada panggilan anda. Berada di Jalur 10 meter HF berkemungkinan anda akan mendapat jawapan dalam keadaan yang amat jelas hingga amat sukar untuk didengar.

3. Jika anda mendengar contohnya "Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha disini Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar memanggil."

4. Anda hendaklah menjawab dengan "Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha. Terima Kasih atas panggilan
anda. Terima anda dengan kekuatan 5 9. Nama saya Bujang dan QTH di Subang. Bagaimana anda terima saya? Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha ganti."

** Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha. Thanks for the call your signal is 59. My name is Bujang and my QTH is Subang. So how do you copy? Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha over."

Anda telah membuat panggilan pertama anda dalam Jalur HF. Pada tahap ini anda boleh membuat panggilan atau QSO selama mana anda suka atau mampu bergantung kepada keadaan jalur serta propogasi.

5. Anda boleh mengakhiri perbualan anda (QSO) dengan mengumumkan diudara kedua-dua tanda panggilan dan keluar dari jaluran.

Contoh: "...terima kasih Othman untuk panggilan dan 73 kepada anda dan keluarga. Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha keluar dari jalur."

** "... thanks Othman for the contact and 73 to you and your family. Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha signing off."

Apa yang harus anda lakukan jika lebih dari satu stesen yang menjawab panggilan anda? Jika anda boleh mendengar dengan jelas salah satu dari stesen tersebut, jawab seperti mana yang dibincangkan diatas. Dalam masa anda berbincang, semasa anda bertukar stesen anda boleh memberi masa 3 - 5 saat untuk stesen satu lagi untuk masuk ke jalur jika stesen tersebut boleh memancar dengan jelas.

Jika anda hanya mendengar separuh dari tanda panggilan, mungkin seperti 'KILO OSCAR' anda boleh menggunakan cara seperti diperingkat ke 4 diatas dengan memulakan panggilan dengan menyebut "stesen dengan 'KILO OSCAR' sila buat panggilan anda." Bila anda telah mendengar tanda panggilan dengan lengkap anda boleh terus menggunakan cara pada peringkat ke 4 diatas.

7. Menjawab Panggilan CQ

Mulakan dengan menala (tuning) frekuansi dalam jarak yang anda dibenarkan dan cari stesen yang membuat panggilan CQ. Untuk menjawab kepada stesen yang membuat panggilan adalah serupa seperti proses yang dibincangkan diatas. Perbezaan yang akan anda hadapi selepas anda mejawab panggilan CQ ialah anda akan mendapati stesen yang lain juga memanggil dan panggilan anda mungkin lambat dijawap. Jika berlaku situasi begiini, tunggu sehingga stesen yang sedang berkomunikasi selesai dan cuba semula. Jika anda tidak mahu menunggu bolehlah anda menala ke frekuansi yang lain yang berkemungkinan ada panggilan CQ dan mula mejawab panggilan tersebut.

Saya dahului dengan Terima Kasih atas bantuan rakan2 semua.

Anda juga boleh menyampaikan apa2 tambahan terus ke myHelipad WebBlog
http://myhelipad.negimaki.com/blog/index.php/2006/06/17/asas-pengendalian atau terus di sini.


73 de
9W2BBA

di ambil daripada website mares - panduan pengenalan asas ham

Selasa, 23 Jun 2009

Kuasai ASOP anda

Memandangkan terdapat rakan-rakan yang seringkali melakukan kesilapan dalam QSO, maka sepatutnya kita kongsikan ilmu untuk pemahaman dan keselesaan bersama.

Sebutan Maksud / Merujuk kepada / Disebut

Lima Lima
Land Line atau Line Location
(Talian Tetap Permis, Contoh bermula dengan 03 xxxxxxxx, 04 xxxxxxxx, 05 xxxxxxxx, 06 xxxxxx, 07 xxxxxxx, 09 xxxxxxx)

Loceng Terbang
atau lebih baik dipanggil Handphone. Contoh bermula dengan 012 xxxxxxx, 013 xxxxxxx, 014 xxxxxxx, 014xxxxxx, 017 xxxxxxx, 019 xxxxxxx)

Cheerio (Latin) Selamat Tinggal / Bye Bye
http://www.thefreedictionary.com/cheerio

Jalopy (American) Kenderaan bukan disebut sebagai Canopy
http://www.thefreedictionary.com/jalopy

Fundamental - Tempat kelahiran / ibubapa

Harmonic- Anak-anak

XYL - Isteri

SIGN OFF - bukannya disebut Time OFF -bermaksud Keluar jalur

Salt Mine - bukannya Dot My atau Lombong Garam - untuk sebutan Tempat kerja

Rubber Duckie -Antenna Handie (Flexible Whipe Antenna)

73 - Seven Three / Tujuh Tiga - bukan disebut sebagai"Tujuh Puluh Tiga"

Eyeball / QSO / Round Table
(Lebih tepat daripada menggunakan Tango Tango)
Pertemuan secara bersemuka/ QSO bersemuka

"Aaa Macam tu" - sebutan ini perlu dielakkan

Nama Tempat

Gunakan sebutan biasa untuk tempat tidak perlu menggunakan sebutan Phonetics.
Contoh 1: sebutan Kuala Lumpur / KL terus sebut Kuala Lumpur / KL tak perlu sebut Kilo Lima atau Kilo Bravo untuk nama tempat Kota Bharu.

Penggunaan istilah 'Portable' / 'Base' / 'Mobile'

Perlu dipastikan bahawa istilah 'Base' dinyatakan bilamana kita memancar di alamat yang tertera pada AA sama ada menggunakan 'Rig Handy ' atau 'Mobile Rig'.
Istilah 'Portable' boleh digunakan bilamana kita memancar di luar dari alamat pada AA. Jika kita berMobile dan menggunakan 'Rig Handy' sekalipun - disebut juga sebagai 'Mobile' dan apakala kita berhenti dalam masa yang lama - disebut sebagai 'Portable'.
(Rujuk Guideline For Amateur Radio In Malaysia - MCMC)

QSY - disebut bilamana untuk berubah Frekuensi dan berbeza dengan
QRD - disebut bilamana menuju ke suatu lokasi / tempat

QRX dan QRT - perlu diperhatikan penggunaan pada situasi yang betul.
QRX- berhenti memancar (TX) buat seketika dalam jangka waktu / masa yang dinyatakan, sama ada QRX 2 minit atau jangka masa selebihnya.
QRT -berhenti memancar (TX dan RX) dan mungkin switch off radio.

PTT - Press To Talk (Tekan Untuk Bercakap)
Nota:
Jangan menggunakan sebutan (contoh ayat yang selalu digunakan) "saya capai PTT dan terus bercakap" atau "Agaknya dia tertelan PTT kut".
Bagi penggunaan ayat di atas yang tepat ialah penggunaan perkataan Mikrofon.
PTT ditekan
Mikrofon dipegang / digenggam.


Sabtu, 20 Jun 2009

Eyeball semalam

Ramai juga rakan HAM yang berkesempatan hadir ke lokasi eyeball semalam.

Bagi swal MAT yang tidak mempunyai transport untuk ke tempat peperiksaan RAE akan menumpang kenderaan rakan. Masalah bagi SWL yang hadir pada lokasi eyeball semalam telah dapat di atasi.

Seramai 15 stesyen telah hadir termasuklah stesyen dari taiping seramai 2 orang.

Pada hari peperiksaan ditetapkan stadium Ipoh sebagai tempat berkumpul sebelum bertolak ke tempat peperiksaan RAE pada jam 9.00 pagi.

Manakala PARTS pula menetapkan wakaf PARTS sebagai tempat berkumpul.

Walau bagaimanapun jumpa di lebuhraya. Terima kasih. 73 clear.

Menjunjung Tugas

Hasil Eyeball vee99 semalam menetapkan teman sebagai pengerusi YDP yang baru untuk Vee99 komunikasi dan sukan. Tugas yang agak mencabar setelah pelbagai rintangan dan halangan yang selama ini dihadapi oleh pentadbiran lama. Apapun walau tugas yang macam mana sekalipun tetap teman terima semata-mata untuk melihat masa depan kelab kembali bersinar semula.