IKLAN

Ahad, 13 September 2009

Echolink lagi

Radio amatur masa kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun senangnya nak menyertai hobi ini buat masa ini, namun jangan kita lupa bahawa perjuangan rakan radio amatur yang di kategorikan sebagai pelopor yang mula-mula memperjuangkan nasib pengguna radio amatur di Malaysia hendaklah kita hargai. Jika dilihat pada hari ini, betapa senangnya nak menubuhkan persatuan (Yang Berdaftar) ini. Tubuhkan jawatankuasa seramai tujuh orang pastu pegi daftar dengan R.O.S. Dah jadi satu persatuan, tapi ingat bahawa menjaga sesuatu persatuan itu adalah tanggungjawab yang amat berat. Perjuangan rakan HAM yang dulu (orang lama ) jangan kita lupakan. Daripada peperiksaan RAE setahun sekali diperjuangkan jadi dua tahun sekali. Teman tak berapa kenal sangat rakan-rakan lama ni, mungkin kerna tak pernah dengar audio diorang ni. Kebanyakannya terdiri dari ahli dalam MARTS. 9W2TR Abg Rashid contohnya... pernah teman dengar beliau QSO di ruang udara Kelantan pada cuti yang lalu antara salah satunya. Sekiranya ada pengalaman rakan HAM yang terlibat boleh sama-sama berkongsi cerita........ Teman nak sangat jumpa otai-otai lama yang banyak jasa ni, tak ler nak bagi hadiah.... sajer nak kongsi citer... agar orang kata...teman tak buta sejarah....

http://9w2ksl-9m4gsm.blogspot.com/2009/09/welcome-my-blog.html

1 ulasan:

  1. wei baca le teks dulu. jangan main copy and paste....

    salah fahaman nanti.

    "daripada peperiksaan RAE setahun sekali diperjuangkan jadi dua tahun sekali"

    BalasPadam