IKLAN

Isnin, 27 Julai 2009

VEE99 Group

Setelah berbincang dengan rakan-rakan ham secara umum, VEE99 Group memutuskan iaitu:

1. Mengadakan pameran di konvokesyen UTP akan datang-sekiranya ada sukarelawan yang nak bertugas.

2. Menjalankan Projek echolink-sekiranya alatan telah cukup.

3. Mengadakan eyeball - sekiranya ada permintaan dari ahli-ahli.

4. Hanya ahli berdaftar dengan borang baru diiktiraf sebagai ahli VEE99 yang sah.

5. Bagi ahli lama yang telah membayar bersama borang ahli yang lama boleh mengambil semula duit tersebut secepat mungkin. Pendaftaran ahli adalah percuma. Jadi tidak wujud ahli yang berbayar atau tidak. Harap maklum.

6. VEE99 Group adalah milik ahli bersama dan bukannya kepunyaan YDP seorang.

7. Sebarang kejayaan dan kemajuan VEE99 Group adalah untuk dikecapi bersama oleh ahli.

8. Sebarang informasi terkini akan di infokan kemudian.


* Berita dari Eyeball di Seri iskandar.
- Tiada seorang pun dari Ipoh yang hadir kecuali YDP.
- Rakan Manjung ada hadir tapi mungkin nampak takder orang jadi diorang terus balik. Minta maaf kepada anda. Rakan Ipoh masing-masing sibuk dengan tugasan yang lebih penting jadi tak dapat datang.

Khamis, 23 Julai 2009

Eyeball Dah Confirm

Bertempat di Restoran Firha Food Court bandar Seri Iskandar.
Jam 9.30 malam.
Hari Sabtu 25.7.09

Agenda: Estimated time: 40minit

Pendahuluan:
Sedikit sejarah Vee99 oleh penceramah jemputan.
Mengisi borang baru Vee99 Group beserta gambar (wajib) ukuran poskad.
Perlantikan AJK baru.

Isi
Pro dan kontra.
Cabaran
Projek akan datang.

Penutup
Berkaraoke, Bersembang dengan rakan yang lama tak jumpa

Khamis, 9 Julai 2009

Eyeball VEE99

Tedapat banyak perkara yang ingin dibincangkan ttg group vee99. Oleh itu satu eyeball akan diadakan bagi mengumpul pendapat dan cadangan dari ahli kumpulan. Tarikh belum lagi diputuskan. Oleh itu sebarang cadangan tarikh amat dialu-alukan. Cadangan boleh dihantar melalui sms ke no. tel 0165059943. Majoriti akan dikira. Lokasi dicadangkan hendaklah tempat yang baru dan tak pernah dibuat eyeball rasmi. Tempat yang menarik dan kemudahan parking. Makanan boleh tahan dan sekitar Ipoh.